Mayat kedua ditemui 4.35 petang hari ini. FOTO ihsan bomba
Mayat kedua ditemui 4.35 petang hari ini. FOTO ihsan bomba
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail


Mayat kedua tragedi letupan tangki diesel kilang simen di Rawang ditemui 4.35 petang hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Zamri Adenan, 35, manakala mayat pertama yang ditemui pada 2.50 petang tadi dikenal pasti sebagai Mohd Ziehafizan b Abd. Rahman, 28.

Setakat 5.20 petang, mayat seorang lagi pekerja, Baskaran Thanakodi, 49 masih belum ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kedua-dua mayat yang ditemui pada jam 2.50 petang dan 4.35 petang masih berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat selepas ketiga-tiga mayat ditemui.

Berita berkaitan

Mayat pertama ditemui

Tragedi tangki diesel kilang simen meletup

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 5:46 PM