Anggota bomba mengangkat mayat mangsa pertama yang ditemui. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa pertama yang ditemui. FOTO ihsan bomba
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

 

MAYAT pertama pekerja kilang simen yang terjatuh dalam tangki diesel ketika melakukan kerja penyelenggaraan, semalam ditemui jam 2.50 petang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pemeriksaan awal polis dipercayai mangsa berusia 28 tahun.

Katanya, polis akan membuat pengesahan lanjut identiti mangsa.

Ketika ini paras kedalaman minyak di dalam tangki sedalam 1.2 meter dan usaha mencari dua lagi mangsa giat dijalankan," katanya.

 

Berita berkaitan

Tragedi tangki diesel kilang simen meletup

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 3:36 PM