Dr Raja (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraan kes  pembunuhan  Kim Jong-nam. FOTO Syarafiq Abd Samad
Dr Raja (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong-nam. FOTO Syarafiq Abd Samad
Murni Wan Omar


MAHKAMAH Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa agen saraf VX boleh dibawa masuk ke Malaysia dari Korea Utara tanpa dikesan oleh sesiapa.

Malah kata Ketua Makmal Pusat Analisa Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr S Raja, 42, bahan itu boleh dibawa dalam botol air mineral saja.

Menurutnya, bahan itu tidak berbahaya pada suhu bilik tetapi dengan hanya satu titik terkena kulit manusia ia akan menjejaskan atau merosakkan sistem saraf.

“Ia tidak mempunyai rasa, bau atau warna. Ia berbentuk cecair dan berminyak.

“Peralatan khas diperlukan untuk mengesan VX bagaimanapun ia tidak ada di lapangan terbang Malaysia. Bagaimanapun lapangan terbang di United Kingdom dan Amerika Syarikat mempunyai kelengkapan itu,” katanya.

Dr Raja berkata, agen saraf VX tidak boleh ditemui dalam persekitaran biasa kerana ia adalah bahan kimia sintetik.

“€œIndividu yang terdedah kepada agen saraf VX boleh mati dalam masa beberapa minit jika ia masuk melalui bahagian badan tertentu.

“Antara mukus membran di mata dengan tapak tangan, agen VX lebih cepat meresap ke dalam mata kerana ia lebih banyak kapilari darah dan tiada penghalang berbanding dengan tapak tangan yang mempunyai lemak dan tisu,” katanya.

Berita berkaitan :

Pembunuhan Jong Nam

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 2:14 PM