Nor Shayaumil Qhairil Eemann


Cyberjaya: Malaysia tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan bahan kimia agen - VX malah, bahan beracun itu juga tidak pernah ditemui dalam negara sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata, sekiranya individu terkena dengan agen - VX , ia akan memberi kesan yang teruk sehingga melumpuhkan sistem saraf dan menyebabkan mangsa tidak boleh bernafas dengan baik sehingga membawa kepada kematian.

“Agen - VX ini akan mengambil masa antara setengah jam atau satu jam untuk memastikan sistem saraf dalam badan ini tidak berfungsi dengan sempurna,”€ katanya kepada media selepas merasmikan Program Seminar Permerkasaan Perubatan Tradisional Melayu di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut bersetuju dengan cadangan beberapa pihak supaya kerajaan menilai semula kemasukan warga Korea Utara ke negara ini dengan mengenakan visa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 2:43 PM