GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pada tahun lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang menjadi mangsa berhubung penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman.

"Bayaran dibuat kepada suspek namun kesemua mangsa merasa tertipu selepas mendapati wang itu digunakan untuk kegunaan peribadi.kegunaan peribadi.

"Sehubungan itu, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan jumlah kerugian adalah lebih kurang RM146,087," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di Wangsa Maju dan menahan suspek berusia 41 tahun serta merampas dua telefon bimbit.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

"Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, lelaki terbabit ditahan jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 9:41 PM