LARAN Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017. FOTO Zaid Salim
LARAN Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017. FOTO Zaid Salim
Zaid Salim


JUARA tiga kali berturut-turut Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM), Julius Kiprotich Seurei dari Kenya gagal mempertahankan kejuaraannya.

Dia diketepikan rakan senegara, Josphat Kiptanui Too Chobei, 32, dengan catatan dua jam 28 minit dan 02 saat (2:32:19s).

LARAN Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017. FOTO Zaid Salim
LARAN Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017. FOTO Zaid Salim

Julius menamatkan larian di tempat ketiga dengan dua jam 32 minit dan 19 saat (2:32:19s) juga tewas kepada rakan senegara, Elisha Kiprotich Sawe (2:28:14s) bagi Kategori Terengganu Open 42 km.

Kemenangan tiga jaguh lari jarak jauh itu sekaligus menyaksikan kehebatan pelari Kenya apabila turut menguasai bagi kategori Wanita Terbuka sekaligus mengulangi kejayaannya LAJSM edisi 2013.

Kategori wanita pula disandang Jemimah Wayua Musau, 30, dengan dua jam 54 minit dan 50 saat, Naumi Jepkosgei (3:07:53s) dan Caroline Kigen (3:12:37s).

Juara membawa RM5,000 tunai yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat; Pengarah Majlis Sukan Terengganu, Ibni Amin Busu dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Acara larian penuh gemilang sempena Tahun Melawat Terengganu bertemakan ‘vacay-run’ (berlari dan melancong) mencatatkan penyertaan 50,130 peserta di samping menarik kehadiran hampir 5,000 orang dari luar Terengganu.

Acara 42 km mencatat peningkatan berganda dengan 350 penyertaan antaranya dari Kenya, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand dan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2017 @ 11:38 PM