Nur Saliawati Salberi


TEMPOH reman tiga lelaki dan tiga wanita yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki berusia enam hari dalam perigi di Kampung On Lok, Batang, 23 Julai lalu, dilanjutkan sehingga 6 Ogos.

Perintah berkenaan dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi kira-kira 11 pagi tadi.

Semua enam individu berkenaan berusia antara 16 hingga 30 tahun yang berpakaian lokap tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 10.15 pagi.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 24 Julai lalu dan tempoh reman tamat hari ini.

Harian Metro 25 Julai lalu melaporkan, enam individu termasuk ibu bapa bayi malang itu ditahan polis selepas mayatnya ditemui di dalam perigi yang terletak di belakang rumah.

Dia dilaporkan hilang ketika tidur di sebelah ibunya kira-kira 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 12:00 PM
Suspek diiringi polis selepas dilanjutkan tempoh tahanan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Suspek diiringi polis selepas dilanjutkan tempoh tahanan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan