Arshad Abu (tengah) beramah mesra bersama antara anggota yang menerima sijil penghargaan ketika majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Arshad Abu (tengah) beramah mesra bersama antara anggota yang menerima sijil penghargaan ketika majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi


SERAMAI 15 saksi sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki berusia enam hari yang ditemui di dalam perigi sedalam enam meter di Kampung On Lok, Batang, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan polis kini menunjukkan perkembangan positif dalam mengenal pasti dalang utama kes berkenaan.

"Daripada tujuh saksi awal, kini seramai 15 individu termasuk jiran dan saudara terdekat dipanggil untuk dirakam percakapan

"Siasatan kini sudah selesai kira-kira 60 peratus dan kita percaya akan selesai sepenuhnya dalam tempoh terdekat sebelum reman selesai," katanya.

Beliau berkata, siasatan membabitkan pelbagai aspek dan dilakukan secara terperinci bagi mendapatkan bukti serta motif sebenar kejadian.

Sementara itu, Arshad turut mengingatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung motif sebenar kejadian kerana ia akan mengeruhkan keadaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 2:06 PM