Nur Saliawati Salberi


BAPA saudara kepada bayi lelaki berusia enam hari yang mayatnya ditemui di dalam perigi di Kampung On Lok, Batang, dipercayai suspek utama kes pembunuhan itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, hasil soal siasat dan siasatan dilakukan pihaknya mendapati suspek utama menjurus kepada lelaki yang juga ipar bapa bayi berkenaan.

"Terkini maklumat daripada enam yang ditahan ia menjurus kepada lelaki (ipar kepada pengadu) berusia 28 tahun dan mempunyai rekod kesihatan penyakit mental.

"Bagaimanapun, kita akan pastikan siasatan lanjut dan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti jika tindakan itu dilakukan atas arahan individu lain atau dihasut oleh suasana akibat penyakitnya," katanya.

Beliau berkata, suspek juga akan dirujuk ke hospital bagi mendapatkan tahap sakit mental dihidapinya.

"Walaupun siasatan menjurus kepadanya buat masa ini tetapi kita tidak menolak kemungkinan jika terdapat individu lain yang terbabit," katanya.

Berita berkaitan:

Reman dilanjutkan seminggu lagi [METROTV]

15 saksi dipanggil

Enam sekeluarga direman seminggu [METROTV]

Mayat bayi dalam perigi [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 5:41 PM