Mohammad Nordin Mustapha atau Kojek. FOTO ihsan polis
Mohammad Nordin Mustapha atau Kojek. FOTO ihsan polis
Rosliza Mohamed


POLIS memburu seorang lagi ahli Kumpulan Harry Gunung dikenali Mohammad Nordin Mustapha, 26, atau Kojek.

Dia menjadi buruan kerana aktif melakukan jenayah berat termasuk samun dan rompakan bersenjata di Kelantan dan Terengganu sejak tiga tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, pihaknya percaya suspek masih berada di Kelantan.

"Tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa. Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat diminta bantu kita menahannya.

"Maklumat boleh disalurkan ke balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di talian 09-7455622," katanya, hari ini.

Beliau berkata, suspek sebelum ini aktif melakukan samun bersama kumpulan terbabit sehingga tiga ahli termasuk ketuanya, Harry ditahan pada 15 Julai lalu di Melor, Kota Bharu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 12:39 PM