Din (tengah) bersama pegawainya menunjukkan tiga suspek yang dikehendaki bagi membantu kes tembak di Bachok selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Kota Bharu. FOTO Mohd Faris Zainuldin
Din (tengah) bersama pegawainya menunjukkan tiga suspek yang dikehendaki bagi membantu kes tembak di Bachok selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Kota Bharu. FOTO Mohd Faris Zainuldin
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Polis memburu tiga lelaki dikenali sebagai Aiman, Mat Una dan Joe berusia 30 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan kes tembak seorang pemuda di Kampung Permatang Pasir, Bachok, Sabtu lalu

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, maklumat itu diperoleh daripada mangsa berusia 25 tahun yang mengenali suspek yang menyerangnya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek terbabit supaya melaporkannya di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di talian 09-7455622.

"Kita minta kerjasama orang ramai yang mengenali mereka supaya memaklumkan kepada polis bagi membantu menjalankan siasatan.

"Kita tidak menolak kemungkinan kes berkenaan dipercayai berkaitan dengan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Harian Metro pada 23 April lalu melaporkan seorang lelaki parah di bahu kanan dipercayai terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Permatang Pasir, Bachok pada 3.45 petang.

Berikutan kejadian itu mangsa mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

keterangan gambar;

DIN menunjukkan tiga suspek berhubung kes tembak di Kampung Permatang Pasir, Bachok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 6:07 PM