TANGAN mangsa tersangkut dalan salur najis. FOTO ihsan Bomba
TANGAN mangsa tersangkut dalan salur najis. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


TINDAKAN lelaki cuba mengambil pemetik api yang terjatuh ke dalam lubang tandas mengundang padah apabila tangan kanannya tersangkut di Taman Seri Kemuning, Temerloh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Adli Azani Mohd Amin, 42, terpaksa menanggung seksa kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.18 petang sebelum tiba bagi melakukan kerja memotong bahagian salur najis berkenaan.

"Ketika operasi dijalankan mangsa dalam keadaan stabil. Setelah memotong dan memecah batu saluran najis itu tangan lelaki berkenaan dapat dikeluarkan bersama salur paip itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

"Anggota bomba menggunakan beberapa peralatan khas iaitu mesin pemotong besi dan batu sebelum mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam tempoh kira-kira 20 minit.

Beliau berkata, mengikut keterangan mangsa ketika kejadian dia hanya berseorangan di rumah sebelum menjerit meminta bantuan jirannya selepas tangannya tersangkut.

Jiran yang terdengar jeritan mangsa kemudiannya menghubungi bomba.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 10:55 PM