Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Cubaan seorang lelaki warga tempatan yang cuba terjun dari bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini berjaya digagalkan dengan kecekapan anggota bomba.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 5.11 petang.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Omar Che Ku, berkata seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi pada jam 4.18 petang, lelaki yang berusia 21 tahun dilihat sedang berdiri di hujung bangunan Sky Deck dipercayai ingin melakukan terjunan.

"Tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap lelaki itu dari belakang ketika dia sedang leka ketika dipujuk dan diselamatkan kira-kira jam 6.38 petang.

"Mangsa di bawa ke tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 10:38 PM