KETUA Squadron Bombardier CL415 MP Maritim Malaysia, Komander Maritim Azizan Buang. FOTO ihsan APMM
KETUA Squadron Bombardier CL415 MP Maritim Malaysia, Komander Maritim Azizan Buang. FOTO ihsan APMM
Mohd Hasbi Sidek


KETUA Squadron Bombardier CL415 MP Maritim Malaysia, Komander Maritim Azizan Buang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pagi hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Adeli Hussin berkata, Allahyarham meninggal di Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.05 pagi tadi.

"Jenazah dimandikan di Hospital Sungai Buloh dan dibawa ke Masjid Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk solat jenazah selepas solat Zuhur.

"Jenazah selamat dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Sempak, Shah Alam, kira-kira 5 petang tadi.

Difahamkan, Allahyarham pernah mengetuai misi memadam kebakaran terbesar di kawasan Sumatera Selatan, Indonesia pada 2015 menggunakan Pesawat Bombardier milik APMM.

Beliau yang berusia 46 tahun dan berasal dari Perak meninggalkan seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan seorang anak lelaki berusia 17 tahun serta seorang isteri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 11:08 PM