MUHAMMAD Afif Jazimi ketika menerima kunjungan daripada Ahli Kawasaki Bersatu Johor sebelum ini.
MUHAMMAD Afif Jazimi ketika menerima kunjungan daripada Ahli Kawasaki Bersatu Johor sebelum ini.
Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Remaja lelaki yang menderita kanser paru-paru sejak sebulan lalu, Muhammad Afif Jazimi Baddrulhisham, 16, meninggal dunia di rumah keluarganya di Taman Kota Masai, 2.50 petang tadi.

Ibu remaja itu, Hanifah Abdullah, 42, berkata, anak sulung daripada tiga beradik tiga beradik itu meninggal dunia selepas azan Zuhur.

"Sebelum meninggal dunia dia meminta saya melipatkan kakinya seperti dalam kedudukan bersila.

"Kami akan merindui arwah selama-lamanya dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengannya sebelum ini.

"Jenazah Muhammad Afif Jazimi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai selepas Isyak," katanya.

Pada 20 Disember lalu, Harian Metro melaporkan kisah pelajar tingkatan empat itu.

Ia berikutan dalam tempoh kurang dua tahun pulih daripada kanser pangkal hidung, remaja itu disahkan menghidapi kanser paru-paru pada sebulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 8:30 PM