AHLI keluarga menyiram air mawar di atas pusara mangsa lemas, Silawati Zailan. FOTO Zulfadhli Zulkifli
AHLI keluarga menyiram air mawar di atas pusara mangsa lemas, Silawati Zailan. FOTO Zulfadhli Zulkifli
BERNAMA

JENAZAH Silawati Zailan, yang lemas dihanyutkan arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh, semalam, selamat dikebumikan.

Allahyarham Silawati, 31, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh. 9.30 malam, hari ini.

Terdahulu, jenazah Silawati dimandi dan dikafankan di Hospital Sungai Buloh sebelum disolatkan di Masjid Nurul Amin, Merbau Sempak dekat Kuala Lumpur.

Sepupu arwah, Anor Mohd Yusof, 48, menyifatkan Alllahyarham sebagai seorang yang baik dan peramah terhadap keluarga serta rakan-rakannya.

“Dia (Silawati) seorang yang rajin bekerja dan bertanggungjawab. Saya akan merindui arwah kerana dia amat rapat dengan saya,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu.

Allahyarham meninggalkan suami Mohd Rizal Mat Desa, 31, dan tiga cahaya mata.

Dalam kejadian 5.40 petang semalam lapan individu dilaporkan hilang ketika memancing bagaimanapun tiga daripada mereka terselamat.

Selain Silawati, empat lagi yang maut ialah Hashir, 38, seorang warga Indonesia; Jeleha Hashim, 48; Jamaluddin Rapawi, 14, dan bapanya Rapawi Jum’ada, 37.

Tiga mangsa terselamat ialah suami arwah Rizal, Syamsul Azhar Ismail, 33, dan Tain Asik, 31.

Sementara itu, dua lagi jenazah mangsa tragedi lemas berkenaan selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Jeleha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Klang manakala Rapawi di Tanah Perkuburan Kariah Paya Jaras, Sungai Buloh.

Jenazah kedua-dua mangsa disemadikan setelah selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh dan dituntut keluarga masing-masing antara 11.15 malam dan 12 tengah malam tadi.

Berita berkaitan:

Semua mayat pemancing sudah ditemui

Mayat mangsa keempat ditemui

[UPDATE] Jumpa mayat mangsa ketiga

Sungai Gasi bahaya

Arwah anak yang baik

'Tunggu sini sampai jumpa kakak'

Pencarian diteruskan

[UPDATE] Jumpa mayat mangsa kedua

70 anggota cari 4 mangsa

Jumpa 7km dari lokasi hanyut

Terjun sungai, cuba selamatkan isteri

2 wanita antara 5 dikhuatiri lemas

7 pemancing dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 11:36 PM