SITI Nuratika (kiri) dan Haslila Adam menyediakan Roti John yang dipesan  pelanggan.
SITI Nuratika (kiri) dan Haslila Adam menyediakan Roti John yang dipesan pelanggan.
 ORANG RAMAI menyerbu gerai Roti John Cheese Leleh Siti Nuratika di Bazar Ramadan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching.
ORANG RAMAI menyerbu gerai Roti John Cheese Leleh Siti Nuratika di Bazar Ramadan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching.
 SITI Nuratika  (kiri)  menunjukkan Roti John Cheese Leleh dan minuman Coca-Cola yang dijualnya.
SITI Nuratika (kiri) menunjukkan Roti John Cheese Leleh dan minuman Coca-Cola yang dijualnya.
Siti Fatimah Nasir

Kuala Lumpur: Gerai Roti John Cheese Leleh di Bazar Ramadan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching, di sini, sering dinantikan pengunjung setiap kali tibanya bulan puasa.

Ini berikutan tambahan resipi rempah kari yang digunakan sejak dua tahun lalu menjadi rahsia keunikan Roti John Cheese Leleh.

Gerai yang pada awalnya bermula dengan menjual burger di Taman Pusat Kepong sejak dua tahun lalu berjaya menambat hati pengunjung apabila ramuan sama diaplikasi dalam pembuatan Roti John pula.

Pengurus Roti John Cheese Leleh, Siti Nuratika Zainol, 26, berkata, resipi menghasilkan Roti John ini datang daripada dirinya sendiri dengan membuat sedikit kelainan yang tidak terdapat pada pembuat Roti John yang lain.

“Biasanya, juadah Roti John ini hanya akan menggunakan bahan biasa seperti kicap, daging, sayur, marjerin, telur dan sayur dalam setiap hidangan.

“Tetapi, Roti John yang dihasilkan saya sedikit berbeza daripada Roti John yang lain di mana saya mempelbagaikan rasanya dengan menambah lada hitam, serbuk kari dan keju dalam setiap hidangannya,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching, di sini.

Siti Nuratika antara peniaga yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Menerusi program ini, Coca-Cola KU menyediakan latihan di tempat kerja serta latihan dalam talian melalui aplikasi mudah alih untuk memberi pendedahan kepada usahawan wanita tempatan mengenai pertumbuhan perniagaan.

Menurut beliau, tempoh penyediaan Roti John hanya mengambil masa dua hingga tiga minit untuk setiap hidangan apabila menerima permintaan daripada pelanggan.

“Saya mampu menjual lebih daripada 40 Roti John dalam sehari bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang ke bazar ini.

“Sepanjang Ramadan ini, saya memberi sepenuh perhatian dalam menyediakan hidangan Roti John Cheese Leleh kerana hidangan ini dilihat semakin menjadi tumpuan,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Muhammad Shahreejan Zaftijan, 32, berkata, juadah Roti John di sini akan menjadi pilihannya setiap kali menjelang Ramadan.

“Walaupun hujan lebat, ia tidak menghalang saya untuk membeli Roti John Cheese Leleh di sini yang menjadi juadah kegemaran buat kami sekeluarga,” katanya.

Jangan lupa untuk melengkapkan buka puasa/ iftar anda dengan segelas Coca-Cola.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 4:36 AM