DR Mohd Hassan (tengah) dan delegasi UMK bergambar bersama Abdul  Jalil di Balai Berita NSTP, semalam.
DR Mohd Hassan (tengah) dan delegasi UMK bergambar bersama Abdul Jalil di Balai Berita NSTP, semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: Pihak pengurusan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengadakan lawatan korporat ke Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, semalam.

Timbalan Naib Canselor UMK Prof Dr Mohd Hassan Mohd Osman berkata, pihaknya teruja dalam lawatan berkenaan yang antara lain bertujuan memahami fungsi media cetak di negara ini terutama membabitkan tiga akhbar utama, New Straits Times (NST), Harian Metro dan Berita Harian (BH).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 2:47 AM