DR Omar  (kiri) menyampaikan cenderahati kepada  Abdul Jalil  ketika lawatan delegasi USM ke Balai Berita NSTP, Bangsar.
DR Omar (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abdul Jalil ketika lawatan delegasi USM ke Balai Berita NSTP, Bangsar.
myMetro

Kuala Lumpur: Pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan lawatan korporat di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, semalam.

Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr Omar Osman berkata, pihaknya teruja dalam lawatan berkenaan yang antara lain bertujuan memahami fungsi media cetak di negara ini terutama membabitkan tiga akhbar utama, New Straits Times (NST), Harian Metro dan Berita Harian.

“Kami berbesar hati dan teruja dengan kesudian yang diberikan oleh pengurusan NSTP yang mengalu-alukan kunjungan kami.

“Diharap dengan lawatan ini, ia akan memudahkan kerja kami mengetahui tugas dan peranan sebenar media dalam mengeluarkan berita berkenaan USM,” katanya.

Dalam kunjungan kira-kira satu jam berkenaan, beliau yang mengetuai delegasi USM mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu (Rencana) Harian Metro Husain Jahit

Lawatan berkenaan diteruskan dengan mengunjungi bilik operasi di balai berita dan beramah mesra bersama kakitangan dalam mengeratkan silaturahim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 9:16 AM