SYED Hussian (berbaju Melayu) bersama pengurusan UNITEN dan Media Prima di Balai Berita Kuala Lumpur. FOTO Hazreen Mohamad
SYED Hussian (berbaju Melayu) bersama pengurusan UNITEN dan Media Prima di Balai Berita Kuala Lumpur. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Pengurusan kanan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) diketuai Naib Canselornya, Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman mengunjungi The New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima Berhad (Media Prima), di Balai Berita, di sini, semalam.

Rombongan yang turut disertai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Ts Dr Mohd Zamri Yusoff diberikan taklimat mengenai operasi syarikat oleh Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Effendi Omar.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Turut serta, Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, M Thillinadan; Pengarang Eksekutif NST, Sharanjit Singh dan Pengarang Eksekutif Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2023 @ 11:36 AM