Suspek dibawa anggota SPRM untuk mendapatkan perintah tambahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret. FOTO Mikail Ong
Suspek dibawa anggota SPRM untuk mendapatkan perintah tambahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan pegawai kanannya direman selama empat hari lagi bagi membantu siasatan penyelewengan wang dana organisasi itu.

Tempoh tahanan reman terhadap CEO berusia 50 tahun dan pegawai berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.

Kedua-dua mereka dilihat dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah dengan tangan bergari jam 2.15 petang.

Terdahulu, pada 10.30 pagi hari ini, tiga kontraktor dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang selepas siasatan terhadap mereka selesai dijalankan.

Selasa lalu, CEO ZPP berkenaan bersama tiga pegawai kanan dan tujuh kontraktor ditahan SPRM dalam beberapa serbuan bagi membantu siasatan penyelewangan dana organisasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 4:24 PM