Hadzlihady Hassan


TIMBALAN pengerusi sebuah syarikat hartanah bergelar Datuk direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muhammad Azam Md Eusoff.

Individu berkenaan dilihat hadir 11.40 pagi hari ini, dengan tangan bergari dan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu pada operasi 9 pagi itu ialah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 1:49 PM