AHMAD Zahid diiringi Musa Aman di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. FOTO Malai Rosmah Tuah
AHMAD Zahid diiringi Musa Aman di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. FOTO Malai Rosmah Tuah
Syah Rul Aswari Abdullah


BARISAN Nasional (BN) yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, BN juga yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Kuala Penyu, satu lagi kerusi DUN di bawah Parlimen Beaufort.

"Dengan ada semangat minda yang positif saya yakin Parlimen Beaufort tetap berada di tangan BN.

"Saya cukup yakin DUN Kuala Penyu akan di tangan BN... saya tetap yakin (DUN) Klias akan rampas semula di tangan BN," katanya Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang Beaufort di Beaufort, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, calon PKR Datuk Lajim Ukim menang di DUN Klias dengan mendapat 6,324 undi dengan majoriti 179 undi.

Lajim yang juga Ketua Pembangkang di DUN Sabah bagaimanapun keluar PKR pada Oktober tahun lalu sebelum mengumumkan penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2017 @ 11:37 AM