Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Sebut putu Perak, pasti ramai yang tertanya-tanya terutama anak muda.

Mungkin ada yang menyangka kuih tradisional itu putu mayam atau putu piring, tetapi ia sebenarnya kuih tradisional Perak yang semakin sukar didapati.

Bagaimanapun, atas usaha Ramlah Mohd Shah, 54, kuih istimewa itu boleh didapati di Jalan Suasana, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, tanpa perlu ke Perak.

Diperbuat daripada tepung beras dan intinya kelapa, ditambah dengan rupa dan teksturnya yang lembut serta rasanya yang lemak-lemak manis ia pasti menarik perhatian sesiapa yang melihat untuk mencubanya.

Ramlah berkata, dia menjual kuih tradisional itu untuk mengisi masa lapang apatah lagi penyediaannya mudah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 7:16 AM