Nabihah Kamal


Petaling Jaya: Pada usia 23 tahun, dia ada kepakaran tersendiri dan uniknya, kepakaran itu adalah menghasilkan putu perak.

Lebih istimewa, antara bahan untuk menghasilkan bahan berkenaan adalah tepung beras dan ia dihasilkan sendiri anak muda itu.

Begitulah kemampuan Mohamad Ali Alias, 23, dari Taman Medan, di sini, yang mewarisi kepakaran ibunya, Mariah Idris, 57, menghasilkan putu perak sejak tiga tahun lalu.

Mohamad Ali mempelajari cara menghasilkan putu perak, termasuk tepung beras selama tiga bulan daripada ibunya yang menjual kuih itu lebih 10 tahun.

“Ibu membesarkan kami dengan hasil jualan putu perak. Saya mengambil peluang menyambung kemahiran membuat kuih tradisi orang Perak ini.

“Dalam tempoh tiga bulan, setiap minggu saya berlatih hasilkan putu perak. Memang sukar kerana jika terlebih sukatan teksturnya akan rapuh dan keras apabila dikukus,” kata anak kelapan daripada 10 beradik ini.

Mohamad Ali berkata, dia menerima tempahan lebih 300 kilogram putu perak setiap bulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 11:12 AM
MOHAMAD Ali menunjukkan cara membuat putu perak.
MOHAMAD Ali menunjukkan cara membuat putu perak.