HAMZAH (kanan) menerima replika Keluaran Khas MATTA Fair Harian Metro daripada Ketua Unit IKS, Jabatan Pengiklanan NSTP Zainuddin Khair di PWTC, semalam.  Turut sama,  Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng.
HAMZAH (kanan) menerima replika Keluaran Khas MATTA Fair Harian Metro daripada Ketua Unit IKS, Jabatan Pengiklanan NSTP Zainuddin Khair di PWTC, semalam. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng.
Asrizal Aris


Kuala Lumpur: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) iaitu penganjur acara jualan produk pelancongan domestik dan antarabangsa, Matta Fair menyasarkan nilai transaksi perniagaan RM180 hingga RM200 juta pada tahun ini.

MATTA Fair 2017 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijangka meraih sasaran itu berikutan penambahan ruang perniagaan 1,299 lot berbanding 1,210 pada tahun lalu.

Presidennya, Datuk Hamzah Rahmat berkata, Matta Fair 2017 lebih meriah dengan sokongan padu Tourism Indonesia selain meletakkan Taiwan sebagai destinasi tumpuan Asia.

Katanya, acara lebih memfokuskan kepada penjualan produk pelancongan domestik yang menarik antaranya lokasi membeli-belah, pantai dan aktiviti luar yang menjadikan Perak sebagai lawatan tumpuan di Malaysia.

“Kita harap acara kali ini berjaya mencapai sasaran pengunjung iaitu 100,000 orang dan buat kali pertamanya kita membuat penambahan ruang perniagaan perjalanan domestik di Dewan Merdeka,” katanya pada sidang media majlis prapelancaran MATTA Fair 2017, di PWTC, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 7:50 AM