ANGGOTA KPDNKK memeriksa beg berjenama tiruan di premis yang diserbu.
ANGGOTA KPDNKK memeriksa beg berjenama tiruan di premis yang diserbu.
myMetro

Kuala Lumpur: Sebuah premis menjual barangan eksklusif di Jalan Sultan Ismail di sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 12 tengah hari kelmarin, kerana menjual kasut terkenal jenama tiruan pada harga RM800 hingga RM1,000.

Pengusahanya turut memberi potongan harga sempena promosi Tahun Baru Cina untuk menarik pelanggan terutama pelancong asing membeli produk eksklusif mewah seperti Hermes dan Goyard.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, serbuan dibuat hasil aduan wakil sah pemilik cap dagang.

“Hasil pemeriksaan, kami merampas 81 pasang kasut kulit tiruan. Selain itu, kami turut merampas 13 beg tangan kulit dan dua tali pinggang dengan anggaran nilai rampasan RM47,000,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 10:33 AM