DR Ahmad Zahid bersama Lee  berbincang sesuatu pada Mesyuarat Exco MCPF Bilangan 3/2016, semalam.
DR Ahmad Zahid bersama Lee berbincang sesuatu pada Mesyuarat Exco MCPF Bilangan 3/2016, semalam.
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) membentuk satu jawatankuasa khas di peringkat polis daerah bagi membantu kerajaan serta agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan kadar jenayah di negara ini.

Pengerusi MCPF, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertepatan usaha MCPF melaksanakan sesi pendengaran awam atau ‘town hall’ dan ‘engagement’ dengan semua pihak termasuk pemimpin masyarakat bagi membincangkan perkara itu.

Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dapat dilaksanakan pada kadar segera di peringkat nasional sebelum diteruskan di peringkat negeri dan daerah.

“Justeru, MCPF memutuskan bahawa jawatankuasa di peringkat daerah polis sudah dibentuk dan pengerusi sudah dilantik.

“Aktiviti untuk pencegahan jenayah dilakukan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan ini dilakukan bukan saja bagi mendapatkan maklum balas, tetapi peringkat pelaksanaan kepada program pencegahan perlakuan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Exco MCPF Bilangan 3/2016 dan pertama kali di negeri ini di Hotel Grand Paragon di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Katanya, sesi ‘town hall’ bakal diadakan di seluruh negeri di Malaysia secara berperingkat bagi mendengar sendiri pendapat dan cadangan bagi memperkukuhkan MCPF bagi membantu ke arah pencegahan jenayah
di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 6:15 AM