Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas.
Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas.

Hasrat seorang lelaki bersama tujuh rakannya untuk memancing di Sungai Habu, di sini, bertukar tragedi apabila dia tergelincir sebelum terjatuh ke sungai berkenaan dan ditemui lemas jam 10.25 pagi semalam.

Mangsa S Suresh,22, berasal dari Butterworth, Pulau Pinang, yang juga pekerja di tapak Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Tanah Rata, di sini, dilaporkan terjatuh ke sungai berkenaan jam 5.30 petang kelmarin ketika singgah di kawasan sungai berkenaan untuk melihat lokasi memancing.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, mangsa dipercayai berjalan ke tebing sungai curam sebelum tergelincir dan terus tenggelam ke sungai kerana tidak tahu berenang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:05 AM