MAYAT mangsa ditemui tiga meter dari lokasinya terjatuh ketika memancing. FOTO Muhammad Sulaiman
MAYAT mangsa ditemui tiga meter dari lokasinya terjatuh ketika memancing. FOTO Muhammad Sulaiman
Iskandar Shah Mohamed


Banting: Remaja lelaki yang lemas ketika memancing di Kunci Air Sungai Jarum, Jalan Sungai Buaya di sini, petang semalam, ditemui di sekitar lokasi sama, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jaslizad Jalil berkata, mayat Lau Peng An, 13, ditemui 11.20 pagi tadi di bawah selut kira-kira tiga meter dari lokasinya terjatuh ketika memancing.

Katanya, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang semalam.

"Bertindak atas maklumat itu, kita menjalankan operasi mencari dan menyelamat namun terpaksa dihentikan hampir dua jam kemudian kerana faktor cuaca.

"Bermula kira-kira 9 pagi tadi, operasi diteruskan dengan bantuan Unit Skuba yang membawa kepada penemuan ," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 12:46 PM