PEKERJA pembersihan menunjukkan kedudukan alat pengering tangan automatik yang terbakar.
PEKERJA pembersihan menunjukkan kedudukan alat pengering tangan automatik yang terbakar.

Tindakan pantas pengetua Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kampung Pulai, Merlimau, di sini, memadamkan kebakaran mesin pengering tangan automatik di tandas pelajar perempuan menyelamatkan bangunan sekolah itu daripada terbakar.

Dalam kejadian jam 10.25 pagi semalam, Madzlan Mahat, 54, g menyiapkan tugasan di pejabat sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran yang berlaku oleh dua pelajar perempuan.

Dia mengarahkan pembantu tadbir sekolah menghubungi bomba manakala dia menggunakan alat pemadam api memadamkan kebakaran.

“Pelajar terbabit memaklumkan ruang dalam tandas bersebelahan bilik saya dipenuhi asap tebal, pemeriksaan dilakukan mendapati ia datang dari alat pengering tangan automatik yang terbakar.

“Risau kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas merebak ke bahagian lain saya menggunakan alat pemadam api memadamkannya sementara menunggu ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Sementara itu Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahman Jaapar berkata, kebakaran itu dipadamkan apabila pihaknya tiba di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:08 AM