Rosmah bercakap sesuatu kepada kanak-kanak OKU pada majlis Konvokesyen PDK di Dewan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Rosmah bercakap sesuatu kepada kanak-kanak OKU pada majlis Konvokesyen PDK di Dewan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Putrajaya: Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)di seluruh negara digesa menambah ilmu baru mengenai penjagaan anak kurang upaya sekali gus membuka peluang kerjaya dan pembangunan diri lebih baik pada masa depan.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau melihat banyak peluang disediakan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) termasuk yang dianjurkan Semai BAKTI.

Beliau yang juga Yang Dipertua BAKTI berkata, menerusi program itu, penyelia berpeluang memperoleh sijil kemahiran dan kursusyang diiktiraf industridi Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:08 AM