PHANTUS Racing Malaysia bakal menganjurkan karnival kejohanan permotoran KLFX Superspeed Malaysia Finale By Meps.
PHANTUS Racing Malaysia bakal menganjurkan karnival kejohanan permotoran KLFX Superspeed Malaysia Finale By Meps.

Kuala Lumpur: Bagi menyuntik semula industri permotoran di peringkat nasional menerusi pencarian bakat baru dari akar umbi dan bakat dari luar bandar, Phantus Racing Malaysia akan menganjurkan karnival kejohanan permotoran KLFX Superspeed Malaysia Finale By Meps.

Bakal dilangsungkan pada 14 dan 15 November 2015 di Melaka International Motorsport Circuit (MMIC), Ayer Keroh, Melaka, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju menjadi menteri ikon bagi kejohanan ini.

Malah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup dan pelakon tempatan Faye Kusairi turut berganding bahu menjayakan acara itu.

Phantus Racing dalam satu kenyataan, semalam berkata, karnival itu akan menjadi penanda aras industri permotoran negara dan sebagai mekanisme golongan belia membabitkan diri dalam program berfaedah.

“Dengan sokongan Kementerian Belia Dan Sukan selain gabungan selebriti, kejohanan ini mampu menarik belia yang mempunyai pelbagai kumpulan dan latar belakang untuk menyertainya.

“Penganjur memulakan siri kejohanan di kawasan luar bandar bermula 15 Februari 2015 di MMIC kemudian di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak, Litar Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, USJ ELITE, Subang Jaya dan beberapa kawasan lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 4:02 AM