AB Rahman (dua kiri) menunjukan Powerboat  di UTC.
AB Rahman (dua kiri) menunjukan Powerboat di UTC.
Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Seramai 30,000 pengunjung dijangka menyaksikan Melaka International F3000 Powerboat 2014 di Laut Dataran1Malaysia Klebang pada 28 hingga 30 November ini.

Program julung kali dianjurkan itu turut menyediakan pelbagai aktiviti bagi menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini sekali gus membuka dimensi baru kepada dunia sukan laut di Melaka, terutamanya dengan penyertaan atlet antarabangsa.

Pengerusi program yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, lebih 18 peserta antarabangsa termasuk dari United Kingdom, Papua New Gunea, Singapur,a Afrika Selatan dan Malaysia akan bersaing.

Katanya, perlumbaan ini membuka peluang buat orang ramai menyaksikan saingan hebat perlumbaan permotoran air.

Kerajaan negeri menerusi Persatuan Permotoran Intergrasi 1Malaysia (1MIM) dan Kelab Powerboart F3000 bertindak sebagai penganjur bersama kejohanan.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu future race sejauh 1.3 km membabitkan 15 pusingan manakala kategori drage race pada jarak 300 meter.

Beliau berkata demikian selepas majlis sidang media di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah baru-baru ini.

Hadir sama Presiden 1MIM Razali Bachik dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka Shamsul Musa.

Juara kategori future race membawa pulang RM20,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing RM10,000 dan RM5,000.

“Bagi drag race juara hingga tempat ketiga masing-masing meraih RM10,000, RM5,000 dan RM3000 termasuk trofi kejohanan dan siil penyertaan. Hadiah lumayan ini menjadi antara tarikan peserta dunia untuk mengambil bahagian,” katanya.

Sementara itu, Razali berkata tiada sebarang bayaran dikenakan bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan menyaksikan sukan lasak itu.

Beliau berkata, beberapa program lain turut disediakan termasuk aerobikthon dan Fit Malaysia anjuran Jabatan Belia Sukan (JBS) selain Klebang Food Fiesta anjuran Tourism Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:08 AM