FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Kuala Lumpur: Tahap kesedaran pemandu dan pengguna lebuh raya terhadap penggunaan lorong kecemasan lebuh raya di negara ini masih rendah, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh.

“Tujuan sebenar penggunaan lorong kecemasan ini adalah untuk kenderaan yang menghadapi kerosakan di lebuh raya dan bukannya berhenti di situ.

“Malangnya, saya lihat beberapa kes kemalangan lebuh raya yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan,” katanya.

Ismail berkata demikian sebagai merujuk beberapa nahas yang membabitkan kemalangan maut yang berlaku di lorong kecemasan lebuh raya di negara ini.

Antaranya ialah kemalangan di KM 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Kemaman pada 14 Oktober lalu yang meragut nyawa enam sekeluarga selepas kenderaan dinaiki terperosok di bawah sebuah treler yang memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan.

Menurut Ismail pengguna perlu mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) tertentu dan tidak menggunakan laluan berkenaan sewenang-wenangnya bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.– BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 7:55 AM