Shah Alam: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan bertindak tegas terhadap pemilik harta yang gagal melunaskan cukai taksiran berikutan RM9.3 juta tunggakan cukai masih belum dijelaskan hingga kini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihak MBSA menerusi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan sedang giat melaksanakan operasi sitaan terhadap pemilik harta yang gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran masing-masing.

“Operasi ini diadakan selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tindakan akan diambil terhadap semua jenis pegangan sama ada kediaman, industri ataupun perdagangan,” katanya ketika dihubungi.

Tujuan operasi itu bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada pemilik hartanah terhadap kepentingan cukai taksiran bagi tujuan menambah baik perkhidmatan perbandaran yang disediakan pihaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 5:05 AM