Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Petaling Jaya: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyita pelbagai barangan milik 11 penghuni rumah dan sebuah rumah kedai yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam Operasi Waran Tahanan Cukai Taksiran Tertunggak di Pelangi Damansara Sentral, di sini, semalam.

Antara yang disita ialah set televisyen dan ketuhar gelombang mikro dan percetakan mudah alih dianggarkan bernilai lebih RM26,740 dan akan dilelong sekiranya pemilik gagal melunaskan bayaran dalam tempoh tujuh hari.

Pegawai Komunikasi Korporatnya Zainon Zakaria berkata, semua mereka pemegang akaun cukai taksiran didapati mempunyai tunggakan melebihi dua tahun.

“Kami menyerahkan notis pemberitahuan tiga kali sejak November tahun lalu tetapi tidak ada maklum balas daripada mereka.

“Tindakan tegas diambil (sita) selepas tempoh panjang diberikan untuk melunaskan tunggakan berakhir,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, 50 kakitangan Penguatkuasaan Bahagian Unit Hasil Jabatan Perbendaharaan dan Penguatkuasaan MBPJ terbabit dalam operasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 9:12 AM
KAKITANGAN MBPJ menampal notis pada pintu rumah dalam OPS Waran Tahanan Cukai Taksiran Tertunggak.
KAKITANGAN MBPJ menampal notis pada pintu rumah dalam OPS Waran Tahanan Cukai Taksiran Tertunggak.