Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Cheras, di sini mengalami gangguan bekalan air sejak kelmarin kerana sebuah paip pecah di hadapan Flat Sri Sabah.

Antara kawasan yang terjejas ialah Flat Sri Sabah, Flat Sri Pulau Pinang, Jalan Ikan Ayu, Kampung Perwira Jaya dan Kampung Pandan Dalam.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) semalam, kerja pembaikan dijalankan sehingga 12 tengah malam tadi.

“SYABAS berusaha memulihkan bekalan air secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Penghuni di Blok 66 Flat Sri Sabah 3B, Sharul Nizam Mohamed Rani, 39, berkata gangguan bekalan itu berlaku kelmarin dan berlarutan sehingga semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 8:47 AM