Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air pada 24 dan 25 Ogos ini. Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan akan berlaku selama 16 jam mulai 9 pagi 24 Ogos hingga 1 tengah hari 25 Ogos.

"Gangguan bekalan air disebabkan kerja penukaran injap kupu-kupu baharu bersaiz antara 450mm hingga 600mm di lima kawasan di Klang," katanya.

Antara kawasan di Klang/Shah Alam yang terbabit adalah Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Delek Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik dan Jalan Teluk Pulai, Jalan Teluk Gedung Kecil, Jalan Tepi Sungai, Jalan Raya Barat, Kampung Raja Uda, Jalan Kastam, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Jalan Stesen, Jalan Tengku Diaudin dan Jalan Dato' Hamzah.

Kawasan lain adalah Jalan Tengku Kelana, Lorong Tingkat, Lorong Rembau, Jalan Padang, Jalan Kota, Jalan Istana, Jalan Yadi, Jalan Tengku Badar, Teluk Pulai, Bukit Tinggi 1 dan 2, Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bayu Emas, Bandar Parklands, Glenmarie Cove, Bandar Puteri, Bandar Puteri 2, Taman Bayu Perdana, Pulau Indah Fasa 1 dan Pulau Indah Fasa 2.

Turut terbabit, keseluruhan Kampung Pulau Indah, Laguna Park, Kampung Telok Gong, Taman Armada Putera, Port Klang Free Zone (PKFZ), Bandar Bestari Jaya, Taman Rakyat Andalas, Taman Andalas Permai, Jalan Seri Sarawak 14-21, Taman Seri Andalas, Glenn Cruise, Westport, Kota Pendamar, Taman Teluk Gedung Indah dan Pulau Ketam. Di Kuala Langat pula, kawasan terlibat ialah di Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan.

Gangguan itu turut melibatkan kawasan Hospital Kesihatan Bandar Botanik, Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana, Hospital Pantai Persiaran Raja Muda Musa, Pusat Pakar Perubatan Sentosa dan Pusat Dialisis Jalan Sri Sarawak di Taman Andalas. Justeru, Syabas menasihati pengguna di kawasan terlibat supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan. Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung kerja berjadual itu dengan memuat turun aplikasi sistem mySYABAS melalui Google Playstore dan Appstore. Pengguna juga boleh melayari laman sesawang Syabas www.syabas.com.my atau melayari laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 10:17 PM