KEADAAN bilik yang digeledah perompak.
KEADAAN bilik yang digeledah perompak.
TILAM lokasi mangsa diperkosa.
TILAM lokasi mangsa diperkosa.
Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Seorang gadis berusia 20-an yang hanya menumpang bilik untuk tidur semalaman di kediaman rakan lelakinya di Batu Anam, di sini, menjadi mangsa rogol seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk bangunan rumah kedai berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berada di kediaman rakannya berusia 20-an.

Beliau berkata, ketika kejadian, bapa rakan lelakinya yang menjadi penjual barangan lusuh turut berada di kediaman berkenaan.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa berkenaan yang berada di tingkat atas diikat sebelum seorang daripada penjenayah berkenaan memaksa mangsa ke dalam bilik dan merogolnya.

Katanya, motif penjenayah bersenjatakan parang berkenaan adalah untuk melarikan pelbagai barangan lusuh yang terdapat di tingkat bawah bangunan terbabit, namun gagal berbuat demikian dan melarikan barangan kemas dan gajet milik penghuni kediaman berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:20 AM