SUSPEK  menceroboh ke dalam kediaman itu melalui tingkap yang tidak ditutup.
SUSPEK menceroboh ke dalam kediaman itu melalui tingkap yang tidak ditutup.
Agensi

SEORANG wanita dirogol lelaki yang memecah masuk kediamannya selepas diberi tiga pilihan sama ada mahu diperkosa, dibunuh atau mengadakan seks dengan anak lelakinya sendiri.

Joshua Henderson, 33, yang menyamar sebagai buruh binaan untuk mendapat akses ke bangunan apartmen berkenaan, merogol dan merompak mangsa pada petang 16 September lalu, lapor Daily Mail.

Menurut laporan, dia mengetuk pintu rumah mangsa dan berbual dengannya tetapi wanita berkenaan menamatkan perbualan dan menutup pintu.

Henderson bagaimanapun menceroboh ke dalam kediaman itu melalui tingkap yang tidak ditutup dan mengugut mangsa kononnya dia mempunyai pistol.

Dia kemudian memberikan pilihan kejam itu kepada mangsa termasuk untuk mengadakan seks dengan anak lelakinya yang berusia 25 tahun. Mangsa juga mempunyai anak remaja yang tiada di rumah ketika kejadian.

Henderson mengikat anak lelaki mangsa menggunakan wayar di bilik lain sebelum kembali untuk merogolnya.

HENDERSON
HENDERSON

Menurut New York Post, dia dilaporkan berkata: “Sama ada saya lemaskan kamu sehingga mati dengan bantal, kamu boleh mengadakan seks dengan saya atau saya paksa kamu mengadakan seks dengan anak sendiri.”

Dia juga membersihkan mangsa dengan air sabun selepas kejadian, dipercayai untuk menghapuskan bukti DNA.

Ketika keluar dari rumah itu, Henderson mengambil wang, barang kemas dan barangan berharga lain.

Henderson dilaporkan berada dalam tempoh parol ketika kejadian, malah memakai alat pengesan elektronik pada kakinya yang mengesahkan dia berada di tempat kejadian.

Dia yang mempunyai rekod jenayah sejak berusia 16 tahun ditahan pada 18 September lalu dan kini didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk rogol dan rompak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 6:30 AM