LORI juga menghadapi kesukaran melalui banjir kilat yang dalam  kerana longkang tersumbat.
LORI juga menghadapi kesukaran melalui banjir kilat yang dalam kerana longkang tersumbat.
Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kajang: Terpaksa redah walaupun berisiko. Itu situasi perlu ditempuh pengguna jalan raya apabila laluan utama berdekatan Taman Kasturi di Pekan Batu 11 Cheras di sini, kerap dilanda banjir kilat ketika hujan lebat dipercayai berpunca akibat longkang tersumbat di kawasan itu.

Limpahan air kira-kira 200 meter yang mencecah paras separuh tayar bersaiz sederhana itu bukan hanya menimbulkan kesulitan kepada kenderaan kecil untuk bergerak, malah menyebabkan berlaku kesesakan teruk berikutan rata-rata mereka memandu perlahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, beberapa kenderaan termasuk lori dan van mengalami kerosakan antaranya masalah enjin di kedua-dua arah laluan berkenaan sehingga terpaksa ditunda, sekali gus merumitkan lagi aliran trafik sedia ada.

Bimbang risiko dihadapi, ada pengguna turut terpaksa menunggu lama dengan berhenti di tepi premis perniagaan berdekatan sehingga keadaan kembali pulih.

Tinjauan Metro Ahad, baru-baru ini mendapati empat kenderaan termasuk motosikal terkandas kerana mengalami kerosakan, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas di lokasi yang terletak berhampiran Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) itu.

Pengguna jalan raya, Johari Saad, 45, berkata, dia yang kerap menggunakan laluan itu untuk menuju ke rumahnya di Taman Cheras Jaya mendapati banjir kilat hanya berlaku apabila hujan lebat, namun masih menimbulkan permasalahan kepada pemandu kenderaan bersaiz kecil terutama motosikal.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:07 AM