Kuala Lumpur: Polis sudah menerima notis perhimpunan aman yang akan diadakan penganjur Himpunan Rakyat Derita (HINDAR) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, notis pemberitahuan itu diserahkan kepadanya pada 3 April lalu bagi memaklumkan perhimpunan aman membabitkan lima ribu peserta.

Beliau berkata, notis berkaitan perhimpunan itu sudah ditampal di sekitar Padang Merbok bagi meninjau reaksi orang ramai dan sehingga kini perhimpunan itu tidak mendapat bantahan orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 7:32 AM