HANEZ dan Romie bersama Adreeshah dan Rayqashah.
HANEZ dan Romie bersama Adreeshah dan Rayqashah.
Oleh Rudy Imran Shamsudin

Putrajaya: “Kerjaya lakonan kini jatuh nombor dua, sekarang ini apa yang penting adalah anak-anak dan suami,” kata Hanez Suraya Abd Aziz, 30, aktres kontroversi yang menamatkan zaman bujangnya, semalam.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama rantaian Suri itu sah menjadi isteri kepada Romie Razin Adilha, 35, juga seorang ahli perniagaan hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan Abd Aziz Mohd Said dan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat tepat jam 11.25 pagi di sini.

Kata Hanez, perancangannya sekarang selepas bergelar isteri kepada Romie adalah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga dibina.

Tambahan pula anak tirinya Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3, masih kecil dan memerlukan perhatiannya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 5:20 AM