MOHD Rozali melihat al-Quran yang rosak.
MOHD Rozali melihat al-Quran yang rosak.

Kuala Terengganu: Sebanyak 20 tan metrik al-Quran yang musnah dilanda banjir di Kelantan, baru-baru ini diserahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk dilupuskan melalui proses pembakaran.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Mohd Rozali Salleh berkata, proses pembakaran al-Quran menggunakan relau atau mesin pembakaran yang dicipta khas itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata, mesin pembakaran itu hanya mampu membuat pembakaran 200 kilogram sehari.

“JHEAT bercadang menambah mesin pembakar ini untuk ditempatkan di semua pejabat agama di seluruh negeri ini.

“JHEAT dijangka membelanjakan lebih RM80,000 untuk mereka cipta mesin pembakar ini untuk ditempatkan di semua pejabat agama bagi memudahkan proses pelupusan al-Quran yang musnah,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan al-Quran yang musnah disempurnakan Pengarah JAHEAIK Datuk Che Mohd Rahim, semalam.

Rozali berkata, debu hasil pembakaran al-Quran musnah itu akan dibuang ke laut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 8:04 AM