ANTARA suspek yang ditahan.
ANTARA suspek yang ditahan.
 SUSPEK yang dicekup kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
SUSPEK yang dicekup kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Oleh Zulfa Mohamad

Kepala Batas: Satu kumpulan geng mencuri kereta tumpas berikutan tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam dua serbuan berasingan dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

Tangkapan pertama membabitkan sepasang kekasih berusia 20-an menaiki Proton Wira yang ditahan di sebuah stesen minyak dekat Sungai Petani, jam 1 petang selepas diekori sejauh 10 kilometer dari SPU.

Pasangan itu ditahan sepasukan polis ‘Black Panther’ diketuai Pegawai Risikan dan Operasi SPU Asisten Superintendan Mohd Yusof Ibrahim yang membuat intipan ketika pasangan terbabit berada di sekitar SPU berikutan kereta yang mereka naiki disyaki kereta curi.

Ketua Polis SPU Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, susulan tangkapan itu, suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Pasir Jaya, Sungai Petani.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 7:43 AM