GAMBAR detik awal pesawat MH17 terhempas yang menjadi viral di  Internet.
GAMBAR detik awal pesawat MH17 terhempas yang menjadi viral di Internet.

HRABOVE (Ukraine): Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) dipercayai diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, Donestk kini menjadi viral di laman sosial selepas ia dikongsi dan dilihat di seluruh dunia.

Memetik agensi berita AP, video terbaharu itu menunjukkan saat awal pesawat MH 17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangka ia pesawat tentera negara itu.

Video berdurasi dua minit itu menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang terbakar, hanya beberapa meter jaraknya dari rumah mereka tengah hari, 17 Julai lalu.

Pakar percaya video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat MH 17 itu terhempas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:12 AM