PENDUDUK menghampiri lokasi pesawat terhempas. Sumber Youtube AP
PENDUDUK menghampiri lokasi pesawat terhempas. Sumber Youtube AP
Oleh Gaddafi Musli

Kuala Lumpur: Satu klip video amatur yang dirakam sejurus pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas selepas ditembak jatuh di Timur Ukraine dimuat naik di laman Youtube baru-baru ini.

Menurut agensi berita AP, video bertarikh 17 Julai yang dirakam menggunakan telefon bimbit itu menunjukkan lokasi pesawat terhempas dalam keadaan terbakar di sebuah padang di Kampung Hrabove.

Penduduk dilihat berkumpul berdekatan lokasi kejadian dan kedengaran bertanya lokasi juruterbang.

Berdasarkan reaksi penduduk dalam klip video berdurasi dua minit itu mereka menyangka terdapat satu lagi pesawat yang terhempas kerana serpihan yang banyak.

Pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Amsterdam, Belanda apabila ditembak jatuh di kawasan yang dikawal tentera pemberontak Pro-Russia 17 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:35 PM