PRESIDEN UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) bersama Khalid (dua dari kanan), menghadiri INSTAC, semalam.
PRESIDEN UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) bersama Khalid (dua dari kanan), menghadiri INSTAC, semalam.
Oleh Asmah Rusman dan Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat Malaysia seolah-olah ‘dianaktirikan’ apabila tidak tersenarai di dalam pasukan penyiasat antarabangsa yang terbabit dalam siasatan nahas pesawat MH17 di Timur Ukraine.

Susulan itu pihak kerajaan berusaha memastikan penyertaan pasukan penyiasat Malaysia ke dalam pasukan penyiasat antarabangsa melalui pertemuan di Amsterdam, Belanda, 3 Disember ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berangkat ke Belanda bagi berbincangkan peranan pasukan penyiasat Malaysia dalam nahas pesawat MH17.

Khalid berkata, fokus utama adalah untuk membincangkan isu kemasukan pasukan penyiasat Malaysia ke dalam pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan bagi menyiasat nahas itu.

“Buat masa ini, kita (Malaysia) tidak ada lagi dalam pasukan siasatan antarabangsa itu sebaliknya hanya sebagai pemerhati. Kita mesti dimasukkan ke dalam pasukan siasatan bersama ini.

“Saya sedikit kecewa berkaitan perkara ini dan akan membangkitkan isu berkenaan pada pertemuan akan datang,” katanya selepas menghadiri Seminar Antarabangsa, Undang-undang, Peraturan dan Jenayah di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (INSTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuala Lumpur, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:19 AM