PENGGUNA perlu menukar kata kekunci tiga bulan sekali termasuk membiasakan diri dengan kombinasi huruf, simbol dan nombor yang tiada kena mengena dengan diri sendiri.
PENGGUNA perlu menukar kata kekunci tiga bulan sekali termasuk membiasakan diri dengan kombinasi huruf, simbol dan nombor yang tiada kena mengena dengan diri sendiri.
Muhammad Saufi Hassan


Kebelakangan ini, begitu banyak sekali berita-berita yang tular membabitkan kehilangan wang di dalam akaun tanpa disedari pemiliknya.

Sebelum menuding jari kepada pihak lain, apa kata pengguna semak dulu tabiat amalan ruang siber atau penggunaan telefon pintar yang baik sekali gus mampu untuk meminimumkan kejadian kehilangan wang ini daripada berlaku.

Wujud insiden adalah kecuaian pengguna sendiri apabila melakukan muat turun terhadap aplikasi yang mengandungi perisian hasad sekali gus mewujudkan 'back door' dalam sistem peranti tanpa disedari.

Selain itu, tindakan pengguna yang gemar menekan pautan meragukan juga mungkin menjadi punca kepada insiden kehilangan wang berkenaan.

Mungkin tidak dapat dinafikan wujud kerentanan atau 'flaw' dalam sistem perbankan namun sebagai pengguna bijak, perlu semak dahulu beberapa kriteria ini supaya tidak mudah menjadi mangsa perangkap jenayah siber.

Jangan muat turun sebarang aplikasi berformat '.apk' dari luar gedung aplikasi

Ini mungkin tabiat segelintir pengguna, tanpa disedari ia memungkinkan berlakunya pengintipan maklumat peribadi khususnya butiran sensitif seperti kata laluan, kata kunci dan maklumat diri.

Kebanyakan aplikasi yang dimuat turun di luar gedung aplikasi berformat .apk ini mengandungi perisian hasad atau 'malware' yang direka cipta untuk memuat turun apa saja maklumat yang dimasukkan.

Wujud juga perisian hasad yang membuka kepada laluan belakang tanpa disedari pengguna. Terdapat banyak kes pengguna memuat turun aplikasi berkenaan dan tersedia perisian hasad yang merakam setiap kekunci yang dimasukkan.

Sebelum muat turun aplikasi di dalam gedung, baca 'review' dan buat sedikit 'cross-checked' di Internet.

MEMUAT turun aplikasi berformat .apk diluar gedung adalah tindakan yang tidak bijak kerana berkemungkinan besar ia mengandungi perisian hasad.
MEMUAT turun aplikasi berformat .apk diluar gedung adalah tindakan yang tidak bijak kerana berkemungkinan besar ia mengandungi perisian hasad.

Sebagai pengguna bijak, kita perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa khususnya ketika memuat turun sesuatu aplikasi yang tidak popular.

Mungkin nama aplikasi itu popular seperti 'A' namun cuba semak siapakah pembangunnya kerana dibimbangi ia adalah aplikasi pendua tanpa disedari.

Oleh itu, sudah menjadi amalan terbaik untuk melakukan sedikit semakan dengan membaca maklum balas pengguna yang sudah memuat turun aplikasi berkenaan, sistem penarafan 'star' juga memainkan peranan penting, jadi pengguna perlu semak!

Selain itu, cuba lakukan semakan silang atau 'cross-check' di Internet berhubung aplikasi berkenaan, mungkin anda akan menjumpai maklumat yang tidak terduga.

Jangan mudah klik pautan meragukan

Taktik penggodam yang paling popular pada ketika ini adalah menghantar pautan 'phishing'.

Nama 'phishing' itu sangat berkait rapat dengan 'memancing pengguna' untuk menekan link dan memasukkan butiran peribadi.

Kaedah phishing ini membuka pelbagai teknik penggodaman lain dan penyerang mampu mendapat apa saja maklumat yang diinginkan jika pengguna sudah terjerat dengan pautan berkenaan.

Cuba praktikkan gabungan kata kunci kombinasi huruf, huruf besar, simbol unik dan angka yang tidak berkaitan dengan diri

Berdasarkan bukti psikologi, manusia seringkali menyimpan kata kunci yang berkaitan dengan maklumat diri untuk mudah diingati seperti tarikh lahir, nombor telefon, alamat rumah, tarikh kahwin dan sebagainya.

Maklumat berkenaan adalah mudah untuk dijangka oleh penggodam jadi cuba lebih kreatif dengan padanan kata kunci.

Paling baik adalah kombinasi kata kunci contohnya, 'Saya@Suka#Makan$Nasi2009'.

Kombinasi huruf besar, simbol yang pelbagai dan nombor yang tidak berkaitan dengan diri akan menyukarkan penggodam untuk memecah masuk sesuatu akaun.

KAEDAH berkenaan mampu untuk memaksimumkan keselamatan terutamanya membabitkan akaun perbankan.
KAEDAH berkenaan mampu untuk memaksimumkan keselamatan terutamanya membabitkan akaun perbankan.

Wujud laporan kajian daripada barat yang menyatakan bahawa sesuatu kata kunci yang terdiri daripada lebih lapan ansara terbina daripada huruf besar, simbol dan nombor memerlukan tempoh kira-kira 100 tahun untuk dipecahkan.

Cuba tukar password setiap tiga bulan sekali

Tabiat ini yang paling sukar untuk dilaksanakan namun ia adalah kaedah paling selamat.

Bagaimanapun, langkah-langkah ini bukanlah pelindung untuk mengelakkan sebarang kecurian di dalam akaun sebaliknya ia mampu untuk memaksimumkan keselamatan terutamanya membabitkan frasa kekunci keselamatan.

Pada masa sama, pengguna juga dinasihatkan untuk menyemak di aplikasi perbankan berhubung jenis peranti atau nombor telefon yang diaktifkan bagi mengetahui kewujudan peranti asing bukan milik pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2022 @ 7:00 AM